KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang pada awal musim membolehkan pemain sayap sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi merangkul Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) edisi Februari-Mac 2023.
Arif Aiman menerima anugerah itu yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum sepak mula aksi Liga Super antara PDRM dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi, demikian menurut kenyataan PFAM hari ini.
Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 berusia 21 tahun itu yang telah menjaringkan lima gol dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini turut menerima hadiah plak, wang tunai berjumlah RM2,000 dan produk minuman protein.
Beliau menewaskan empat calon lain iaitu pemain import Sabah Park Tae Su, rakan sepasukannya di JDT Fernando Forestieri, Mohamad Faisal Abdul Halim (Selangor) dan penjaga gol PDRM Ramadhan Hamid dalam proses undian yang dijalankan.
Ia merupakan gelaran kedua yang diraih Arif Aiman selepas edisi Mac 2021.
Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM kelolaan PFAM sebagai usaha mengiktiraf para pemain profesional di negara.
Proses pemilihan pemain dibuat oleh barisan panel terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan sebelum undian dibuka kepada peminat melalui www.pfam.my selama seminggu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023
Ia merupakan gelaran kedua yang diraih Arif Aiman selepas edisi Mac 2021. - Fail/BERNAMA
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
ABK23: Arif Aiman cipta hatrik gelaran MVP
Arif Aiman mempertahankan gelaran itu buat kali ketiga berturut-turut selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang musim bersama JDT.
Arif Aiman raih gelaran Pemain Terbaik Bulanan PFAM edisi Februari-Mac
Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi merangkul Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) edisi Februari-Mac 2023.
Arif Aiman, Endrick terlepas aksi bertemu Hong Kong
Pemain sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain tengah, Endrick Dos Santos disahkan tidak akan beraksi dalam perlawanan antarabangsa menentang Hong Kong.
Maloney senaraikan Annil ke Mongolia, tiada Arif Aiman dalam pasukan
Skuad B-22 itu bakal mendapat sentuhan pemain berpangkalan di Jerman bersama kelab SGV Freiberg Annil R Vigneswaran.
Aiman pemain 'wonder boy' - Mora
Arif Aiman dikatakan akan merevolusikan pasukan Harimau Selatan dan Liga Super Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.